Responsive Banner design
Home » , » Mimpi Kekasih Curang dan Maksudnya!

Mimpi Kekasih Curang dan Maksudnya!




Mimpi itu mainan tidur, tetapi ada juga yang percaya mimpi itu sebenarnya ada maksud tersirat di sebaliknya.

So, pernahkah kamu bermimpi kekasih kamu curang ? dan apakah maksud di sebalik mimpi seperti ini..

Menurut penelitian Dylan Selterman dari University of Maryland, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Setiap orang boleh mengalami mimpi seperti ini.

Malah, seorang pakar psikologi Ian Wallace juga berkata punca sebenar kamu bermimpi seperti ini adalah kerana rasa percaya terhadap pasangan mula hilang dan tanpa di sedari sebenarnya kamu terlalu bimbang pasangan kamu tidak bahagia bersama kamu lalu terbawa sehingga ke tidur.

Ada sesetengah kajian membuktikan kebanyakan yang mengalami masalah seperti ini adalah kaum perempuan kerana mereka sering  berfikiran ‘luar dari kotak’ bila bercakap tentang kekasih hati.


Jadi, sebenarnya mimpi itu tidak bermakna apa-apa dan tidak perlu kamu terlalu mengambil serius tentangnya. 

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates