Responsive Banner design
Home » , » Tip & Trick Untuk Cantik Yang Menjimatkan

Tip & Trick Untuk Cantik Yang Menjimatkan

Hello guys, Ada beberapa tip dan trick yang REMAJA ingin kongsikan bersama kamu. Teknik ini sangat berguna dan sesuai di lakukan oleh golongan remaja kerana menjimatkan masa dan wang ringgit.

#1 Untuk dapatkan cecair lipgloss yang sempurna, rendamkan ia di dalam bekas berisi air panas selama 15 minit. Kaedah ini sangat sesuai di gunakan saat kamu benar-benar terdesak kerana lipgloss kamu hanya tinggal sisa sahaja.

#2 Basahkan teh uncang dengan air suam kemudian tampalkan ia di bahagian kelopak mata agar mengurangkan masalah mata sembap.

#3 Untuk membuat body scrub, kamu boleh campurkan minyak kelapa dengan dua sudu gula.

#4 Bosan dengan warna lipstick yang sama ? Jom cuba cairkan dua campuran lipstick yang berbeza warna kemudian cairkan ia di dalam ketuhar panas kemudian gaul hingga sebati. Tunggu sehingga ia kering dan sapukan ia di bibir. So tak perlu beli lipstick baru kan ?

#5 Untuk mendapatkan warna kuku yang putih dan tidak kekuningan, ambil ubat gigi dan beruskan ia di kuku selama beberapa minit.

#6 Miliki kuku yang sihat dengan merendamkan kuku ke dalam sebuah bekas yang di isi dengan minyak olive.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates