ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian di hadapan sebuah premis kedai 24 jam di Lahad Datu di mana seorang anggota tentera maut manakala dua orang awam cedera ditembak seorang anggota tentera pada jam 4.45 pagi tadi. - Foto NSTP
Seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di depan sebuah kedai 24 jam di bandar Lahad Datu di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 4.45 pagi itu dipercayai akibat salah faham antara dua anggota tentera berkenaan sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan.
Anggota tentera terbabit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, manakala dua lagi orang awam berkenaan yang masing-masing cedera di kaki dan bahu dirawat di hospital sama dengan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Mangsa dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata polis masih cuba mengesan seorang anggota tentera yang melarikan diri sebaik kejadian itu.
Beliau juga menegaskan, setakat ini hanya seorang anggota tentera maut dan tiada maklumat mengatakan seorang lagi anggota keselamatan itu cedera dalam kejadian berkenaan.
"Kita masih menyiasat jenis senjata yang digunakan. Laporan sebelum ini mengatakan suspek menggunakan M-16 bukan dari polis, kita masih menyiasat," katanya.
Difahamkan, dua orang awam itu ditembak ketika cuba meleraikan pertelingkahan antara dua anggota tentera terbabit. -BH
0 comments:
Post a Comment