Manuel Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 394 kilogram daripada 558 kilogram, catatan paling beratnya yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2006.
Kematian Uribe disahkan oleh pegawai jabatan kesihatan negeri Nuevo Leon. Uribe nmenghabiskan masa bertahun-tahun di atas katil di rumahnya di Monterrey kerana tidak berupaya berjalan. Menurut pegawai Uribe dimasukkan ke hospital pada 2 Mei lalu kerana degupan jantung tidak normal.

Dia terpaksa ‘diangkut’ dengan kren ke hospital oleh unit kecemasan dan kakitangan pertahanan awam. Punca kematian Uribe belum disahkan, tetapi selain masalah jantung, dia juga dipercayai mengalami masalah hati.
Sepanjang hidupnya, dia hanya meninggalkan rumahnya beberapa kali, termasuk pada hari dia melangsungkan perkahwinannya dengan Claudia Solis pada 2008. Perkahwinan itu bagaimanapun tidak bertahan lama.
Uribe montel ketika kanak-kanak dan beratnya lebih 113 kilogram ketika dewasa. Bermula 1992, beratnya berat badannya bertambah tanpa dapat dikawal.
Sejak musim panas 2002, dia hanya hidup di atas katil, bergantung dengan ibu dan kawan-kawan untuk memberinya makan dan membersihkannya. - Agensi myMetro

0 comments:
Post a Comment