Bukannya sukar untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Hanya 20 minit sehari dengan berjoging sudah mmencukupi. Manfaatnya seperti berikut
Membakar lemak
- Joging merupakan jenis olahraga aerobik. Apabila anda berjoging, tubuh akan mengepam oksigen ke seluruh tubuh untuk membakar lemak dan mengubahnya menjadi energi. Joging 20 minit setiap hari juga akan membantu kita menghasilkan deficit kalori sehingga lemak lebih cepat tersingkir.
Mengurangkan keletihan
- Penyelidik dari Universiti Georgia melakukan kajian dan mendapati bahawa orang yang melakukan joging 20 minit tiga kali dalam sehari mengalami kadar energi sehingga 65 peratus.
Menyihatkan jantung
- Joging sering dikatakan sebagai olahraga kardiovaskular kerana berjoging juga akan menguatkan seluruh otot tubuh. Latihan ini juga akan mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol, bahkan mencegah diabetes.
Membuat diri gembira
- Mereka yang menjalani rutin berjoging selama 20 minit setiap hari bukan sahaja lebih sihat, malah dari aspek emosi mereka dilihat juga lebih gembira. Peningkatan energi yang dirasakan juga akan membuat anda lebih berkeyakinan. Rutin berolahraga juga memicu otak melepaskan hormone anti stress.
Sumber: mingguanwanita
0 comments:
Post a Comment