Untuk mendapatkan kulit wajah mahupun badan yang cantik dan halus, anda terlebih dahulu harus menanggalkan sel-sel mati. Hal ini kerana, apabila proses ini berjaya dilakukan, akan menghasilkan kulit yang lebih berseri, cerah dan sihat. Berikut adalah cara untuk menghilangkan sel-sel mati dengan cara alami.
Campurkan dua sudu teh oat dengan satu sudu makan minyak sayuran. Kacau sehingga sebati. Kemudian campurkan dengan sedikit air sebelum disapu pada muka dan badan,. Biarkan selama 20 minit dan bilas hingga bersih. Melakukan petua ini bukan sahaja menanggalkan kotoran dan sel-sel mati, tetapi juga merangsang peredaran darah. -mw
0 comments:
Post a Comment