Abby Abadi - Farhan Mereka-reka Cerita
Unknown
8:41 PM
No comments
Berikutan kenyataan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Abby Abadi yang mendakwa dirinya dicederakan oleh Abby sewaktu mereka masih bergelar suami isteri, GUA cuba menghubungi pemilik nama penuh Arbaiyah Abd Manan itu untuk mendapatkan penjelasan pihak Abby.
Malangnya, usaha GUA gagal kerana Abby tidak dapat dihubungi. Namun begitu, merujuk kepada kemaskini akaun Instagram milik Abby, dia memberi dua kenyataan balas berhubung dakwaan mencederakan Farhan :-
“Assalamualaikum....... Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH......... Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini...... Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup 'semua' cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini.... hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera.....Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan?
Dah tentu ada pasang surutnya.... Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula... Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu. Amboiii! Banyaknya duit dia yer... Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah....... Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri... Tak balik2. Sy ajak bincang... taknak..... alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya 'cerita rekaan' ini tak terjangka dek akal Sy.
Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR....Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni............ ALHAMDULLILLAH.... Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata... tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU. Jangan tokok tambah cerita Sahabat... kalau taktahu lebih baik diam saja k........Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni...... Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai 'ujian' utk Sy. Wat lek Wat Peace je k,” ujar Abby menerusi kemaskini Instagram pertamanya.
“Assalamualaikum Sahabat2ku... Bersedia utk Maghrib Jom! Sebelum tu pd yg menghentam / mencaci maki Sy ikut selera masing2 tu.. ni msg dr Farhan. Ini yg terakhir Sy nk jelaskan yg tiada berlaku penderaan ke atas dia ye... TIADA. Ambil wudhuk awal jom... Sejukkan hati tu..... Hari ni hari Sy... Esok2 hari siapa pun kita taktahu lagi kan? Jadi beringat2lah k. Seronok sangat dengan apa yg menimpa org lain tu, kalau awk tertimpa pulak nnti mcmana? Apapun keadaan, Sy tetap sayangkan dia kerana dia pernah membahagiakan Sy. Bukan ini yg Sy inginkan... Doakan yg terbaik utk masa depan kita semua ye..... Akhir zaman! Segalanya berkemungkinan,” kata Abby lagi. - Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
-
PARIT BUNTAR - Gara-gara kesalahan ejaan, seorang jurugambar menjadi bahan kecaman dalam laman sosial apabila gambar dimuat naik bagi t...
-
Aktres popular Rita Rudaini telah membuat permohonan menuntut RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdu...
-
Sekadar Hiasan Ampang: Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelu...
0 comments:
Post a Comment