Pelakon jelita, Ayu Raudhah menafikan gosip suaminya, Zaquan Adha berlaku curang terhadap dirinya selepas satu paparan skrin perbualan bersama seorang wanita tersebar luas baru-baru ini.
Menurut laporan sebuah portal hiburan tempatan, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30 memberitahu bahawa berita tidak benar ini telah memburukkan reputasi mereka sebagai pasangan suami-isteri.
Selain itu, Ayu turut melahirkan rasa sedihnya apabila ada pihak telah menghinanya menerusi laman sosial Instagram dengan memberikan komen-komen yang tidak sepatutnya terhadap dirinya.
"Di Instagram milik saya, ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'," katanya.
Ayu juga sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dengan berfikiran waras dan tidak terburu-buru serta melatah apabila mendengar perkhabaran yang kurang menyenangkan ini.
Terdahulu, satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar dan telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya masyarakat adakah pemain bola sepak pasukan JDT ini sedang bermain kayu tiga?
Namun, Ayu pantas menafikan hal ini dengan menjelaskan bahawa akaun berkenaan yang menggunakan nama Zaqone itu dimiliki oleh orang lain dan menggunakan identiti suaminya.
Sementara itu, Ayu berkata kemungkinan besar ada pihak tertentu yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan di antara dia dan suaminya.
Pasangan ini telah pun berkahwin pada Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas. -Sumber
0 comments:
Post a Comment