Responsive Banner design
Home » , » Bandar Terbengkalai Yang Menyeramkan Di Serata Dunia

Bandar Terbengkalai Yang Menyeramkan Di Serata Dunia

1. Daerah Sanzhi, New Taipei, Taiwan
Sanzhi dibina sebagai resort katering untuk askar Amerika Syarikat, tetapi hampir 20 orang meninggal dunia semasa pembinaannya. Ramai membuat andaian kematian itu berpunca daripada  perkara-perkara paranormal di sana dan bandar peranginan ini tidak pernah dibuka.

Sanzhi


2. Oradour-sur-Glane, Perancis
Oradour-sur-Glane telah dimusnahkan oleh Nazi pada tahun 1944. Mereka telah membunuh 642 orang penduduk, termasuklah wanita dan kanak-kanak, hanya seorang yang dibiarkan selamat.

Oradour-sur-Glane


3. Quneitra, Syria
Quneitra menjadi mangsa kepada dua peperangan berasingan antara Syria dan Israel. Ia telah ditawan oleh Israel pada tahun 1967, tetapi Syria berjaya menawan semula pada tahun 1974 sebelum Israel memusnahkannya.

Quneitra


4. Centralia, Pennsylvania
Pada tahun 1962, kebakaran telah berlaku di tapak pelupusan di Centralia yang kemudiannya merebak ke lombong arang batudi pinggir bandar dan sejak dari itu api mula membakar. Hari ini, jalan raya ke bandar itu telah ditutup dan masih kelihatan asap keluar dari rekahan di jalan raya.

Centralia


5. Phnom Bokor, Kampot Province, Kemboja
Phnom Bokor adalah sebuah bandar peranginan yang dibina pihak Perancis sebagai tempat persinggahan ketika musim panas. Resort ini telah ditinggalkan pada tahun 1940-an. Kini kawasan ini telah menjadi sebuah taman negara.

Phnom Bokor


6. Bodie, California
Sebuah bandar yang betul-betul berhantu di Amerika. Asalnya Bodie adalah salah sebuah bandar perlombongan emas yang terbesar di California dan terletak di Sierra Nevadas. Bandar ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1880-an dan akhirnya sepi pada tahun 1942.

Bodie


7. Varosha, Cyprus
Dahulu terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular. Varosha ditinggalkan pada tahun 1974 apabila tentera Turki menyerang. Penduduk dan pelancong meninggalkan bandar ini kerana takut disembelih oleh tentera Turki.

Varosha


8. Kolmanskop, Namibia
Kolmanskop diasaskan oleh pihak Jerman pada tahun 1908 setelah mereka mendapati di kawasan itu terdapatnya berlian. Selepas Perang Dunia 1, berlian di situ telah hampir lenyap dan penduduk yang terakhir telah berpindah pada tahun 1954. Kini ianya hampir ditelan oleh padang pasir.

Kolmanskop


9. Pyramiden, Svalbard, Norway
Pyramiden adalah sebuah bandar perlombongan arang batu diasaskan oleh Sweden pada tahun 1910, tetapi dijual ke Rusia pada tahun 1927.

Pyramiden


10. Hashima Island, Nagasaki, Japan
Juga dikenali sebagai Battleship Island, penempatan ini dibina oleh Syarikat Mitsubishi di sekitar tempat penyimpanan  arang batu yang besar. Selepas hampir satu abad perlombongan, sumber arang batu mengering dalam tahun 1974 dan bandar ini mula pupus.

Hashima Island

Sumber dari BuahTopoh.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates