Seorang lelaki dan anaknya yang hilang sejak 40 tahun lalu ditemui
pada di sebuah hutan di Vietnam. Lelaki itu, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya, Ho Van Lang, 41, menghilangkan diri semasa Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat. Thanh membawa anak lelakinya melarikan diri apabila isteri dan dua
anaknya terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka di Tra Kem.
Dua beranak itu ditemui beberapa penduduk kampung yang mencari kayu api di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai. Pihak berkuasa pada Rabu lalu mengesahkan mereka berdua sebagai Thanh dan Lang.
Mereka meneruskan hidup dengan hanya memakan buah-buahan, ubi kayu dan jagung yang ditanam. Thanh dan Lang hanya memakai cawat yang diperbuat daripada kulit
pokok dan mereka tinggal di sebuah pondok yang dibina di atas pokok.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sejak bersara daripada dunia nyanyian hip hop, Malique yang pernah popular dengan kumpulan Too Phat nampaknya terus mendiamkan diri malah l...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
Sekadar Hiasan IPOH – Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladan...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
0 comments:
Post a Comment