"Saya terima keputusan mahkamah hari ini. Semuanya okay sahaja. Semuanya telah pun diselesaikan secara baik," ujar bekas suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, ketika ditemui usai perbicaraan kes penceraian mereka di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebentar tadi.
Mengulas mengenai punca penceraian mereka, Farhan mendedahkan terdapat banyak punca mereka berpisah, salah satunya adalah Farhan pernah dicederakan oleh Abby secara fizikal dan juga emosi.
"Saya tidak terfikir untuk rujuk balik dengan dia kerana dia pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Secara fizikal, dia pernah mencakar muka dan tangan saya. Seperti kes pertama dahulu, dia pernah pukul saya menggunakan kunci motor. Saya jadi takut dan untuk kes kedua, saya ada lakukan laporan polis pada 17 Mei di Balai Polis Ampang apabila dia mencakar saya di bahagian tangan dan muka.

"Secara emosi pula, dia selalu mendesak saya. Apabila dia tiada duit, dia desak saya. Dia pernah cakap yang saya tidak pernah mendatangkan apa-apa untuk dirinya. Emosi saya tertekan. Saya tak tahu apa yang dia harapkan daripada saya apabila dia berkata begitu. Itu kena tanya dia sendiri," jelasnya.
Ketika ditanya apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Abby mencederakan Farhan, jejaka tersebut tidak tahu apa sebenarnya yang Abby mahukan.
"Saya pun tak tahu apa sebenarnya. Tetapi pada masa itu, dia mahu berbincang mengenai masalah kami, tetapi saya enggan. Dia marah lalu dia cakar saya. Masalahnya bukan sebab orang ketiga, saya cuma sibuk dengan kerjaya saya. Mengenai perihal saya ke karaoke dan 'cyber cafe' yang terdapat dalam Instagram miliknya, saya sebenarnya sibuk dengan urusan kerja saya. Saya tak selalu ke 'cyber cafe' dan karaoke," ujar Farhan lagi.
Setelah dicederakan dua kali oleh Abby, mengapakah Farhan tidak memaklumkan bukti laporan polis yang ada untuk dibentangkan semasa perbicaraan kes cerai mereka di mahkamah?
"Saya tidak memaklumkan perkara tersebut kepada mahkamah tadi kerana tidak mahu aibkan dia dan kes penceraian kami pun diselesaikan dengan baik," katanya.

Menafikan masalah di antara mereka timbul kerana faktor usia seperti yang pernah dikatakan oleh Abby sebelum ini, Farhan juga menyanggah dakwaan yang mengatakan dia tidak memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka dengan baik.
"Masa itu saya perlukan ruang, tapi dia tetap cari saya. Saya sudah katakan saya perlu ruang untuk fikirkan semua yang berlaku tetapi dia tetap mendesak saya. Mengenai nafkah sebagai seorang suami pula, saya bagi apa yang saya mampu. Apa pun, saya sudah tawar hati dengan dia, sudah tiada perasaan langsung," kata Farhan lagi.
Ketika ditanya adakah Abby bersikap 'queen control' sewaktu mereka masih bersama sebagai suami isteri dan adakah dia menyesal mengahwini bekas anggota kumpulan Elite itu, Farhan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut. Sumber

0 comments:
Post a Comment