Tumpat: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 30-an yang
dipercayai dikurung lebih 10 tahun di bawah rumah, diselamatkan anggota
polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kampung Pasir Pekan
Hulu, di sini, petang tadi.
Serbuan ke rumah itu dilakukan kira-kira jam 3.30 petang selepas
polis dan JKM mendapat maklumat daripada penduduk kampung terbabit.
Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus
selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.
"Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia
dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ,"
katanya. -metro
0 comments:
Post a Comment