Pelakon popular Rozita Che Wan berang apabila namanya sekali lagi disalah guna oleh seorang lelaki dengan menggunakan gambar Rozita kononnya dia terlibat dalam perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM).
"Agaknya orang yang buat ini fikir saya bodoh dan tak tahu undang-undang. Ini memang sudah melampau dan saya akan bertindak.
"Kes sebelum ini pun tak selesai lagi, ini muncul pula pihak lain yang menggunakan nama dan gambar saya untuk perniagaan mereka.
"Apa mereka fikir saya main-main ke masa buat sidang media mengenai kes sebelum ini? saya memang takkan berdiam diri lagi katanya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan
Rozita atau nama mesranya Che Ta sebelum ini telah mengadakan sidang media tergempar mengenai tindakan undang-undang terhadap dua pengeluar produk kecantikan yang menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran sehingga menyebabkan pengacara program "Primadona" itu kehilangan kontrak produk kecantikan bernilai RM500,000 akibat kekeliruan yang timbul.
"Saya geram betul sebab baru saja kami buat sidang media mengenai kes penipuan sebelum ini tapi masih ada lagi orang buat perkara sama. Mereka seolah-olah tak peka dan faham dan masih nak uji dan lakukan provokasi terhadap saya.
"Mulai hari ini, saya dan pengurusan akan mengambil serius mengenai perkara ini." -Yahoo
0 comments:
Post a Comment