KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui air matanya menitis ketika pertama kali bertentang mata sewaktu mahu mengazankan permata hati pertamanya itu.
Menurut Awal detik tersebut merupakan memori yang paling tidak dapat dilupakannya.
Pada 22 Julai lalu, isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Scha Alyahya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17kg di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Tidak dapat saya lupakan ketikababymemandang mata saya sewaktu saya mahu azan dan iqamatkan dia, waktu itu bagaikan momen dahsyat.
Saya menangis dan berkata ‘ini anak saya’,"I'm now a father"cerita Awal ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengimbas kembali, saat sebelum kelahiran, Awal memberitahu bahawa Scha mula berasa sakit bersalin bermula jam 6 pagi.
Namun, Scha tidak lagi mahu ke hospital kerana menyangka ianya sakit perut biasa.
“Dalam pukul 11 pagi, saya hubungi pihak hospital bila mendapati sakit Scha jadi semakin kerap” jelas Awal lagi yang kedengaran begitu teruja.
Scha kemudiannya dimasukkan ke bilik kecemasan dan selamat bersalin sekitar pukul 5:50 petang.
Bila ditanya mengenai nama dan wajah bayinya, Awal memberitahu perkara tersebut akan diumumkan dan didedahkan secara rasmi kepada semua dalam masa terdekat. -awani
0 comments:
Post a Comment