Bantuan Pertama Malaysia Sampai Di Gaza
Unknown
7:42 PM
No comments
KUALA LUMPUR - Bantuan pertama hasil sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM65,000 melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) telah dihantar ke Palestin semalam.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bantuan berkenaan bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang berhadapan kelaparan serta kecederaan disebabkan kekejaman Zionis.
"Perancangan kita sekarang adalah untuk menghantar bantuan secepat mungkin dan kita tidak akan menunggu sehingga sebulan untuk menghantar bantuan ini.
"Penutupan terowong antara Gaza dan Mesir yang menjadi nadi utama bekalan perubatan dan keperluan harian telah dimusnahkan Israel pada November 2012 memburukkan lagi keadaan sekarang," katanya ketika sidang media Pelan bertindak NGO-NGO Malaysia Isu Gaza, hari ini.
Katanya, misi kemanusiaan yang membawa seramai enam orang anggota sukarelawan akan sampai ke Palestin pada 15 Julai nanti.
"Di Palestin kita mempunyai sebuah rumah anak-anak yang kita biayai dan dikhabarkan turut mengalami kerosakan serta kemusnahan akibat serangan Israel. Kita akan melawat berada di sana untuk melihat keadaan sebenar," katanya.
Azmi berkata, menerusi sumber, rakyat Palestin masih lagi mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan rejim Zionis namun seperti sedia maklum, kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan serba kekurangan.
Beliau turut kesal dengan sikap lesu komuniti dunia di mana setiap hari jumlah penduduk yang cedera serta meninggal semakin meningkat dan perkara berkenaan mencerminkan keadaan semakin parah.
Menurutnya, Mapim bersama NGO-NGO Pertubuhan Kembara Amal (Peka), Aqsa Syarif, Inspirasi Muhibah India Muslim (IMIM) sedang berusaha giat untuk mengumpul dana bagi mengutip dana bantuan serta mengecam tindakan Israel.
"Kami bersama 11 NGO lain bakal mengadakan perhimpunan aman di Padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 18 Julai ini sebagai tanda protes terhadap keganasan Israel. Kami turut mengadakan jualan amal bertujuan untuk mengisi tabung Palestin.
"Saya menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas. Dengan ini kami melancarkan kutipan dana bantuan kecemasan infaq Gaza yang boleh disalurkan melalui www.tabunggaza.com dan Tabung Gaza- Mapim (Maybank Islamic) di no akaun 558220601374," katanya.
-sinarharian
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
-
Sekadar Hiasan Ampang: Seorang doktor muda kasanova dipercayai aktif memikat ramai gadis dan remaja menggunakan ayat novel cinta sebelu...
-
PETALING JAYA : Pelakon Ijoy nafikan kehidupannya ditanggung oleh isterinya, aktres Sharifah Shahira (Shira) seperti yang diperkatakan...
0 comments:
Post a Comment