Chicago: Lawatan biasa seorang bapa ke penjara yang menempatkan
anaknya bertukar menjadi pengalaman sukar dilupakan apabila dia dikurung
secara tidak sengaja selama 31 jam. Farad Polk pergi ke Penjara Daerah Cook untuk melawat anaknya selepas
dia ditahan sementara menunggu dakwaan terhadap kes berkaitan dadah.
Namun, ketika Polk berada di sana, dia diberitahu anaknya dipindahkan ke
blok berlainan. Untuk sampai ke situ Polk perlu melalui dua pintu besi untuk menuju balai pelawat.
Bagaimanapun tidak lama kemudian pintu besi di blok itu tertutup
secara tidak sengaja dan Polk terkurung di dalamnya. Pegawai penjara
berkata, mereka amat kesal dengan kejadian berkenaan tetapi ia gagal
menyejukkan hati Polk. Justeru, semalam dia memfailkan dakwaan
ke atas penjara itu untuk mendapat ganti rugi. Dalam petisyennya, Polk
menuntut penjara menyerahkan rakaman kamera litar tertutup di situ
untuk mendapat penjelasan sebenar bagaimana dia ‘dipenjara.’ Polk juga
mendakwa dia “tidak mendapat makanan, minuman, kemudahan tandas dan
sebarang hubungan dengan dunia luar” selama 31 jam walaupun berusaha
bersungguh-sungguh untuk keluar. Polk bernasib baik apabila
diselamatkan pada jam 1 pagi selepas dia memecahkan alat penggera
kebakaran yang mendorong anggota bomba datang. - Agensi
0 comments:
Post a Comment