NEW YORK - Penyanyi Amerika Syarikat, Beyonce, pemain bola keranjang, LeBron James serta penerbit lagu dan juga penyanyi rap, Dr. Dre disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia.
Menurut senarai yang dikeluarkan pada Isnin lalu itu, Beyonce, 32, yang memperoleh pendapatan AS$115 juta (RM368.8 juta) dalam tempoh 12 bulan lalu mengambil alih tempat pengacara terkenal, Oprah, 60, yang kini menduduki tempat keempat.
Pengacara bual bicara televisyen, Ellen DeGeneres, 56, yang sebelum ini menduduki tempat ke-10 pada 2013 kini melonjak tempat kelima.
Sebanyak lima selebriti lelaki dan lima wanita menduduki senarai 10 tempat teratas senarai itu.
Majalah Forbes menjadikan siri konsert jelajah Beyonce sebagai faktor yang menyebabkannya berada di tangga teratas berbanding suaminya, penyanyi rap, Jay Z yang berada di tangga keenam. Penyanyi Rihanna berada di tempat kelapan dan Katy Perry menduduki tempat kesembilan.
"Bintang pujaan itu (Beyonce) mengadakan 95 pertunjukan yang secara purata disaksikan oleh 2.4 juta penonton," kata majalah Forbes sambil merujuk kepada angka daripada Pollstar yang merupakan penganjur industri konsert.
Dalam pada itu, James, 29, yang baru melepaskan kontrak dengan pasukan Miami Heat minggu lalu melonjak daripada tempat ke-16 tahun lalu kepada tangga kedua.
Dia memperoleh pendapatan yang dianggarkan sebanyak AS$72 juta (RM230.9 juta) menerusi aksinya di gelanggang selain tajaan.
Dr. Dre atau nama sebenarnya Andre Romelle Young mengungguli tempat ke-3 berbanding tempat ke-63 pada tahun lalu.
Pendapatan yang diraih dari 1 Jun 2013 hingga 2014 itu berdasarkan siri jelajah, penerbitan buku, kontrak, penajaan, filem dan harta yang dimiliki selebriti. - Reuters
-kosmo
0 comments:
Post a Comment