Cuaca buruk mungkin menjadi penyebab utama terjadinya insiden nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Taiwan, TransAsia Airways yang mengorbankan 48 nyawa dan 10 orang tercedera, semalam.
Pihak TransAsia Airways mendakwa keadaan cuaca buruk serta ribut taufan mungkin menjadi penyebab namun mereka masih menunggu siasatan daripada pihak bertanggungjawab mengenai perkara tersebut terlebih dahulu.
Pesawat ATR-72 yang membawa seramai 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di kawasan perumahan penduduk di pulau Penghu.
Penerbangan GE 222 tersebut dilaporkan dalam perjalanan ke Magong selepas berlepas dari Kaohsiung pada jam 5 petang waktu tempatan, semalam.
Menurut AP, antara mangsa yang terbunuh ialah dua warganegara Perancis, Jeromine Deramond dan Penelope Luternauer manakala selebihnya adalah warganegara Taiwan.
Seorang daripada 10 mangsa yang cedera juga sudah dilaporkan pulang ke rumah manakala lima penduduk tempatan turut tercedera dalam insiden terbabit turut dirawat dan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut Menteri Pengangkutan Taiwan, Yeh Kuang Shih, pesawat dua enjin turbo itu terhempas ketika juruterbang membuat pendaratan cemas di Penghu.
– MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment