Responsive Banner design
Home » » Ganja Halal Di New York

Ganja Halal Di New York

Undang-undang baharu di New York membenarkan ganja digunakan untuk tujuan perubatan.
NEW YORK: New York menjadi menjadi negeri ke-23 di Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.
Pengumumannya dibuat Gabenor Andrew Cuomo.
Menurut laporan AFP, bagi mendapat bekalannya, pesakit perlu mendaftar di bawah program perubatan ganja kerana bilangan pusat pengedaran yang terhad.
Malah, setiap sesi rawatan tidak boleh melebihi 30 hari bagi setiap pesakit.
“New York mempunyai sejarah perubatan yang membanggakan kerana banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan.
“Kami di sini untuk membantu orang ramai dan jika ada perkembangan dalam bidang ini, kita akan salurkan kepada orang ramai,” jelasnya.
“Undang-undang ini membolehkan perubatan ganja ditawarkan secara baik seperti memberi perlindungan, cara mengawal,” kata Cuomo yang sebelum ini pernah menentang perubatan ganja.
  
--The Rakyat Post

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates