Robert Downey Jr, 49, nampaknya akan bergelar bapa buat kali ketiga.
Pelakon terbabit dan isteri keduanya, Susan Downey, 40, kini sedang
menunggu kelahiran anak kedua mereka dan kali ini, mereka bakal menimang
bayi perempuan.
Perkara itu diumumkan minggu lalu oleh pelakon Iron Man berkenaan
menerusi laman Twitter dan Facebooknya. Mereka dikatakan bakal menyambut
bayi terbabit pada penghujung tahun ini.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, pelakon itu mempunyai seorang anak.
Namun, kali ini beliau pasti lebih teruja kerana bakal menimang bayi
perempuan pertama.
Pada Februari 2010, Susan melahirkan cahaya mata pertama
mereka, Exton Elias Downey. Downey Jr dan Susan bertemu di set
penggambaran filem Gothika dan berkahwin pada Ogos 2005. -bh
0 comments:
Post a Comment