DI saat kanak-kanak lain yang sebaya dengannya masih bertatih dalam menguasai asas sukan, Jaden Newman, 9, sudah bermain bola keranjang bagaikan seorang profesional. Dek kerana itu, dia sudah mendapat panggilan daripada pihak Universiti Miami yang menawarkan tempat kepadanya jika dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej suatu hari nanti. Ia sekaligus melayakkan dia untuk terus menyertai pasukan bola keranjang universiti itu nanti. Biarpun hanya memiliki ketinggian empat kaki lima inci, dia sudah mewakili pasukan sekolah tinggiDowney Christian untuk dua musim. Menurut bapanya yang juga jurulatih pasukan, Jamie Newman, Jaden sudah bermain bola keranjang sejak usia tiga tahun lagi. Ditanya adakah perhatian oleh pihak universiti akan menimbulkan tekanan pada Jaden, ini jawabnya: “Saya masih rasa seperti seorang pelajar gred empat yang normal. Saya akan terus berlatih dan meneruskan apa yang saya lakukan kini.”
0 comments:
Post a Comment