Nairobi: Seorang pelajar buta apabila satu matanya terpaksa dibuang selepas dicederakan sekumpulan pembuli di sekolah.
Collins Kiprop, 16, dibawa ke Hospital Mata Sabatia untuk membuang bebola mata yang tertusuk serpihan paip plastik selepas dibelasah pelajar senior.
Pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Terige itu mengalami kecederaan yang tidak dapat dipulihkan pada mata kirinya selepas dipukul menggunakan paip plastik.
“Lima pelajar senior datang mengganggu saya dan tiga rakan sekelas ketika pendidikan jasmani.

“Mereka mengarahkan kami melutut dan kami mematuhi arahan itu. Kemudian seorang daripada mereka mengarahkan kami menyanyi untuk mendodoikannya sehingga tidur. Arahan itu juga dipatuhi.
“Selepas itu mereka mula bertanya soalan terlalu peribadi dan setiap kali kami lambat menjawab mereka memukul kami. Selepas itu seorang daripada mereka memukul saya menggunakan paip plastik dan saya berasa sakit pada mata,” katanya.
Kejadian itu bukan yang pertama seumpamanya di sekolah berkenaan, malah dua tahun lalu seorang pelajar lain membunuh diri selepas tidak tahan dibuli.
Ayah Kiprop, James Maiyo mendakwa pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan selain mendakwa Kementerian Pendidikan juga bersikap acuh tak acuh dalam kejadian itu.
“Saya menghabiskan lebih Sh200,000 (RM7,225) untuk kos perubatan anak saya. Dia kini cacat dan kejadian itu sepatutnya boleh dielakkan jika guru serta pihak sekolah lebih peka,” katanya.
Maiyo berkata dia bercadang menyaman Sekolah Menengah Terige kerana cuai menjaga pelajarnya.
Bagaimanapun, pengetua sekolah, David Litala mendakwa Maiyo membesar-besarkan kejadian.
“Sebenarnya pelajar terbabit dipukul kerana mencuri biskut daripada rakannya. Walaupun kami mengecam tindakan pelajar terbabit menghukumnya, saya ingin menegaskan tiada kejadian buli di sekolah kami,” katanya. - Agensi

0 comments:
Post a Comment