Responsive Banner design
Home » , » Mayat Mangsa Nahas Bakal Tiba Kharkiv Petang Ini

Mayat Mangsa Nahas Bakal Tiba Kharkiv Petang Ini

MH17

KHARKIV - UKRAINE. Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia tiba di stesen kereta api Kharkiv sini, kira-kira 500km dari Kiev, untuk menunggu mayat yang dikumpulkan daripada pesawat MAS yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
    
Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.
    
Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu  Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).
    
Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.
    
Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300km dari Kharkiv.
    
Komander Operasi Smart mengenai misi MH17, Deputi Superintendan Peter Johnny memberitahu, kereta api yang dijadualkan tiba pada pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia), namun terdapat sedikit kelewatan.
    
"Ia mungkin mengambil masa empat hingga lima jam untuk tiba di stesen. Mungkin pada 10 pagi atau 11 pagi (3 petang atau 4 petang  waktu di Malaysia)," katanya.
    
MH17, berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
    
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15  anak kapal.
    
Ia dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates