MINGGU lepas, ramai yang terkejut dengan komen Amy Search yang bengang dan guna perkataan 'pu***ak' masa komen satu gambar anaknya Nabila Huda di Instagram. Belum habis panas, Khamis lalu, Nabila pula mengamuk dalam Instagramnya.
Cuma bezanya, cara Nabila mengamuk kali ini berbeza, bukan macam jawapan balasnya kepada Amy yang sebelum didakwanya sebagai nak merosakkan hidupnya sekali lagi. Tapi Nabila yang orang panggil Abil itu padamkan beribu-ribu gambarnya daripada akaun Instagramnya.
Agaknya, Nabila memang tengah sedih gila. Dia tunjukkan perasaan sedih itu dengan delete semua gambarnya. Bukan setakat gambar yang selama ini jadi bahan cacian, gambar-gambar yang elok-elok dan kenangan manis-manis dia dengan anaknya Keisha pun habis dipadamkan.
Nak tunjuk sedihnya lagi, Nabila letak satu nota yang bertulis 'just upset' (sedih). Ada juga dia tambah kapsyen dalam bahasa Inggeris. Daripada apa yang Diva faham, Nabila nak tamatkan semua drama selama ini. Dia padamkan semua gambar, jadi tak ada lagi spekulasi dan mulut-mulut longkang dan lidah jahat yang selama ini gemar sangat mengata dan mengeji dia. Katanya, dia dah beralih angin.
Sekali baca, sedih juga, nak baca banyak kali, banyak lagi komen pengikutnya yang nak ditengok. Masing-masing tak habis-habis bagi semangat dan puji tindakan Nabila. Tak kurang juga yang turut sedih sebab tak dapatlah dah nak tengok gambar-gambar Nabila.
Diva pandang positif sahaja apa yang berlaku. Mungkin ada hikmahnya, tapi nak pergi hadap muka Amy, tanya pasal Nabila, takut juga dihamunnya nanti. Tapi Diva percaya, Amy tulis perkataan negatif itu masa tengah marah. Tunggulah bila semua dah sejuk nanti. Diva doakan, sempena bulan baik ini, Nabila dan Amy boleh sama-sama berbaik. Air dicincang tak akan putus. -kosmo
0 comments:
Post a Comment