
India – Mayat seorang `guru’ yang kaya telah meninggal dunia enam bulan lalu, masih belum dikebumikan selepas pengikutnya bertelagah sesama sendiri sama ada dia sudah meninggal dunia atau sedang tidur.
Meskipun doktor mengesahkan Shri Ashutosh Maharaj, yang berusia 70-an dan memiliki harta lebih £100 juta itu, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Januari lalu, namun pengikutnya enggan membenarkan mayat tersebut dikebumikan.
Mereka berpendapat walaupun dia secara klinikalnya disahkan meninggal dunia, namun dia masih hidup dan sedang bermeditasi.
“Dia tidak meninggal dunia. Dia akan kembali ke alam nyata apabila dia merasakan sudah tiba waktunya.
“Dia memberi jaminan kepada kami bahawa dia akan kembali,’’ kata pengikutnya.
`Guru’ itu mengetuai sebuah kumpulan Divya Jyoti Jagrati Sansthan dan mempunyai lebih 30 juta pengikut.
Kumpulan itu mempunyai hartanah di India, Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Australia, Timur Tengah dan Eropah.
Mayatnya diletakkan di dalam peti sejuk selepas ia berubah warna menjadi kehijau-hijauan selepas lima hari disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Bagaimanapun keluarga Shri Ashutosh Maharaj tidak berpuasa hati dan mendakwa pengikutnya sengaja mahu menguasai hartanya.
Dia mempunyai seorang anak lelaki berusia 40 tahun.




0 comments:
Post a Comment