Zaskia dan Suami
Artis Indonesia, Zaskia Adya Mecca boleh dikategorikan sebagai terlalu berani apabila mengambil keputusan untuk memerangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai suaminya di laman media sosial lapor Kapanlagi.com.
Langkah berani tersebut diambil untuk memerangkap Hanung Bramantyo 'palsu' setelah mendapat kebenaran dari suaminya.
"Saya minta izin dengan suami untuk memberi kebenaran memerangkap lelaki ini kerana pada masa itu suami saya tidak mahu. Saya bersama pihak polis berjaya menangkapnya ketika berada di Sendayan City," kata Zaskia Adya Mecca dalam Trans TV, Khamis lalu.
Lima tahun yang lalu, Zaskia mendakwa ada seorang lelaki telah menggunakan nama suaminya, Hanung Bramayanto di laman Facebook. Sejak itu, beberapa orang mendakwa jika mahu berlakon dalam filem Hanung harus mempunyai wang jutaan rupiah.
"Kemudian, ada juga yang mendakwa rakan mereka diperkosa oleh pembantu Hanung. Wang didakwa sudah dibayar untuk lakonkan adegan seksi dan perlu memakai pakaian dalam. Lakonan juga perlu ada aksi di ranjang," kata Zaskia lagi.
"Setelah tertangkap, lelaki palsu berkenaan memberi kerjasama. Dia mengaku perbuatannya itu. Pelaku itu juga mengaku sudah meniduri mangsa-mangsa wanita dan menafikan mereka diperkosa. Beliau juga mendakwa tidak pernah memaksa mereka untuk melakukan hubungan seks.
"Saya juga bertanya, sudah berapa orang kamu perkosa? Dia berkata adalah beberapa orang. Katanya lagi beliau tidak memperkosa mereka kerana beliau tidak memaksa mereka. Setelah saya menggunakan nama Hanung, mereka terus approvekan aku sebagai rakan mereka di Facebook," jelas Zaskia.
0 comments:
Post a Comment