Polis Marin Diserang Hendap Sebelum Sahur
Unknown
3:27 PM
No comments
Semporna: Lapan suspek bersenjata yang menyerang hendap dua anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, malam kelmarin, disyaki kumpulan sama yang gagal dalam cubaan menculik penternak ikan pada 7 Julai lalu.
Siasatan awal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) percaya serangan hendap itu ada kaitan cubaan mendalangi penculikan di resort terbabit sambil membalas dendam.
Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, tidak menolak kemungkinan kumpulan terbabit cuba melakukan penculikan di Pulau Mabul, tetapi bertembung anggota PPM yang berada di situ.
“Tindakan mereka juga dipercayai ada kaitan dengan tindak balas terhadap pasukan keselamatan yang meningkatkan operasi penguatkuasaan di kawasan terbabit.
“Jika ini puncanya, ia adalah pengorbanan anggota pasukan keselamatan dalam mencegah kejadian penculikan.
Kejadian ini juga menunjukkan kami berdepan musuh yang datang pada bila-bila masa dan memerlukan setiap anggota pasukan siap siaga sepanjang masa” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.10 malam kelmarin, Koperal Ab Rajah Jamuan dan Konstabel Zakiah Aliep, anggota Bot Ronda RH40 PPM, singgah di jeti Mabul Water Bungalow Resort di Pulau Mabul, untuk berlindung berikutan laut bergelora. -bh
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Kisah ini pula Raden peroleh daripada teman yang bertugas sebagai peguam. Dalam banyak-banyak kes yang Hisham kendalikan, terdapat satu k...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
0 comments:
Post a Comment