SEMUA orang tahu betapa sibuknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak berlakunya insiden nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Namun, tidak ramai yang tahu kejadian itu menyebabkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bercakap dengan Najib selama tiga hari.
Bukan kerana salah faham atau bergaduh, sebaliknya dia tidak mahu mengganggu suaminya yang sedang mengendalikan isu berat tersebut.
“Tiga hari saya tidak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17.
“Beliau lalu tepi saya pun beliau tidak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang.
“Ramai yang cakap dengan saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya.
“Saya cakap ini bukan kerana saya isteri Perdana tetapi naluri sebagai seorang wanita,” ujar Rosmah, memetik Malaysia Gazette.
Apapun, mungkin pengorbanan itu cukup berbaloi kerana berkat kesungguhan Najib, Malaysia berjaya memperoleh kotak hitam pesawat tersebut selepas berunding dengan ketua pemimpin pemisah, Alexander Borodai.
Mereka juga turut bersetuju untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat dan membuka laluan bagi kemasukan penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi.
- MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment