Responsive Banner design
Home » , » Shopping Mall Terbiar Jadi Kolam Ikan

Shopping Mall Terbiar Jadi Kolam Ikan

Ini merupakan kisah benar yang terjadi di sebuah daerah di Bangkok, Thailand. Ceritanya, dulu bangunan shopping mall yang terbiar ini mempunyai ketinggian 11 tingkat. Tetapi pada tahun 1997, 7 tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingkat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.







Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Dan sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung. Hujan turun hari demi hari dan mengakibatkan air bertakung dan di bahagian ground floor pula menjadi kolam. Kesannya? 2003-2004 nyamuk membiak dengan bermaharajalela di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.



Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan! Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook.





Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan. Satu kajian akan dilakukan dan sekiranya bangunan itu didapati tidak selamat, maka ia akan dimusnahkan dan ikan-ikan itu akan dipindahkan.

Sumber: carigold.com

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates