Kuala Lumpur: “Bukan saja gadis Syria, malah nak berkahwin dengan
gadis Mesir sekalipun bukan mudah kerana kosnya tinggi. Jadi, ini semua
bohong dan mengarut.” Itu kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari
mengenai iklan tawaran harga murah untuk lelaki Malaysia berkahwin
dengan gadis Syria yang melarikan diri ke Mesir akibat pergolakan di
negara mereka.
Iklan itu tersebar luas dalam kalangan pengguna telefon pintar
menggunakan aplikasi WhatsApp di negara ini yang memaparkan wajah empat
gadis jelita didakwa dari Syria, kononnya sedia untuk dikahwini dengan
bayaran cuma RM4,420.
Antara maklumat yang tertera di iklan berkenaan, semua gadis itu
kini berada di beberapa masjid sekitar Kaherah, Mesir dan mana-mana
lelaki Malaysia yang berminat mengahwini mereka boleh menghubungi Ustaz
Azizul dengan nombor telefon disediakan.
Ku Jaafar berkata, iklan tawaran berkahwin dengan gadis Syria pernah
tersebar di laman sosial Jun tahun lalu, dan kini ia sekali lagi berlaku
dalam kalangan pengguna telefon bimbit di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment