Responsive Banner design
Home » » Video Wanita Mengamuk Yang Memalukan!

Video Wanita Mengamuk Yang Memalukan!


Video amukan wanita bertudung ini sudah tersebar di serata media sosial Facebook dan laman perkongsian video YouTube.
Video ini dipetik dari saluran Youtube The Rakyat Post.
“What you did to my car now? you see?? ( Apa kau dah buat pada kereta aku, kau tengok??” jerkah si wanita dengan garang.
Lebih teruk, si wanita itu turut merampas kunci lelaki Cina yang melanggar belakang kereta milik wanita itu yang berjenama Peugeot.
Kekecohan itu menarik perhatian orang ramai dan bukan seorang yang merakamkan visual itu bahkan ramai lagi.
Wanita itu menuntut lelaki berkenaan membayarnya pada masa itu juga sebanyak RM2,000 dalam nada keras, garang dan biadap.
Pada asasnya, memang si lelaki itu bersalah selepas melanggar belakang kereta wanita itu mungkin sehingga berlaku kerosakan. Sepatutnya, wanita itu tidak perlu memberi reaksi secara melampau sehingga memukul kereta milik lelaki berkenaan.
Memang memalukan, melihat wanita Melayu berperangai sebegitu dan lelaki Cina itu yang jelas lebih berumur darinya bercakap dengan nada elok dan mengakui bahawa dia tidak sengaja melanggar kereta Peugeot itu.
Si wanita kemudiannya cuba meminta bantuan orang ramai, untuk menghubungi polis berkemungkinan untuk meminta bayaran daripada lelaki itu.
Perlu diketahui, keutamaan polis adalah mengekalkan keamanan dan mengelakkan kekecohan. Jika kes ini, kemungkinan besar wanita itu yang akan ditahan polis kerana berkelakuan melampau dan dilihat cuba mendatangkan kecederaan dan kerosakan.
Wanita itu mungkin tidak mengetahui bahawa kerosakan keretanya boleh diperbaiki dengan menggunakan insurans kereta lelaki itu selepas dia membuat laporan polis berkaitan kemalangan itu. Jelas juga dia baru sahaja memandu kereta itu, kerana di cermin belakang terlekat pelekat lesen ‘P’ menunjukkan si wanita baru sahaja lulus kursus memandu dan diberikan lesen percubaan.
Apapun, memang tindakan wanita itu memalukan. 

– MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates