New York –Kara Dudley menjadi terkenal secara tidak sengaja. Semuanya selepas dia tersalah sangka bahawa paparazzi mahu merakamkan gambarnya.
Hakikatnya paparazzi tersebut mahu mengambil gambar supermodel Karlie Kloss, yang ketika itu berada di belakang Dudley, tanpa disedarinya.
Dudley hanya menyedari bahawa dia menjadi terkenal selepas keesokannya menyaksikan gambarnya yang sedang berposing sakan itu disiarkan dalam sebuah akhbar.
Namun Dudley menyatakan dia tidak malu dengan kejadian yang menimpanya itu.
“Saya tidak tahu apa yang paparazzi itu lakukan tetapi saya membuat keputusan untuk berposing ketika mereka mengambil gambar,’’ katanya yang langsung tidak menyedari bahawa Kloss berada di belakangnya.
Dudley yang baru berpindah ke New York untuk mengembangkan kariernya dalam bidang peragaan dan lakonan itu berkata, dia memasuki pusat beli belah berkenaan selepas melihat penyanyi Taylor Swift berada di dalamnya.
Selepas melihat Swift meninggalkan pusat beli belah itu, dia melihat paparazzi di depannya, namun menyangka mereka sedang mengikut Swift.
“Saya sempat menghubungi kawan-kawan saya untuk memberitahu bahawa saya melihat Swift dan terkejut apabila saya melihat gambar saya itu pada keesokannya,’’ kata Dudley.
Sumber: mynewshub
Sumber: mynewshub
0 comments:
Post a Comment