Georgetown: Tujuh rakyat tempatan antara 15 individu yang dikenal pasti terbabit dalam rakaman video pesta sukan bogel di pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya sedang mengesan kumpulan individu berkenaan yang terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita bagi membantu siasatan.
“Tujuh daripada individu terbabit adalah rakyat Malaysia, Singapura (empat), Myanmar (dua) serta masing-masing seorang dari India dan Filipina.
“Kami sudah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk orang awam bagi membantu siasatan,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang di di sini, semalam.
Kelmarin, Abdul Rahim mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah selepas menerima laporan daripada beberapa individu.
Anjuran seorang wanita
Difahamkan, kegiatan sukan bogel berkenaan yang kononnya bertemakan ‘kehijauan alam’ dianjurkan seorang wanita berusia 50-an dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.
Video terbabit yang dimuat naik di laman sosial Vimeo, dirakam oleh seorang lelaki dipercayai peserta program berkenaa yang berasal dari Singapura.
Video berkenaan yang dimuat naik Jun lalu, menjadi topik hangat sejak Isnin lalu apabila ia disebarkan ke beberapa laman sosial lain. -beritaharian
0 comments:
Post a Comment