Responsive Banner design
Home » , » Fenomena Spornoseksual Turut Melanda Selebriti Malaysia

Fenomena Spornoseksual Turut Melanda Selebriti Malaysia

KUALA LUMPUR: Pada Jun lalu, penulis dan wartawan Britain, Mark Simpson telah memperkenalkan satu lagi istilah iaitu spornoseksual yang merujuk kepada golongan lelaki berbadan sasa yang obses menayangkan badan mereka dalam foto berbentuk selfie untuk dikongsi di laman sosial.
Antara selebriti lelaki tempatan yang gemar memuat naik gambar-gambar fizikal mereka yang sasa lagi hebat di laman sosial Instagram iaitu Nazim Othman, Anding, Ryzal Jaafar dan tidak ketinggalan finalis pencarian HimByHatta, Afifi Razi atau Pipi Razi.
Mungkin bagi sesetengah individu beranggapan, cara mereka itu agak menunjuk-nunjuk atau tidak patut tetapi jika memandang dari sudut lain seperti kesihatan fizikal dan keyakinan diri, itu adalah habuan yang mereka dapat selepas berhempas pulas menjalani latihan fizikal.
Apatah lagi gaya kehidupan masyarakat kita yang obsess dengan makanan sehingga alpa untuk menjalani sebarang corak senaman fizikal, maka langkah mereka itu setidak-tidaknya dapat menarik perhatin ramai untuk menjalani gaya hidup sihat.
Perkara itu dipersetujui oleh Pipi Razi kerana baginya tak kira lelaki atau wanita, budaya selfie adalah sudah menjadi kebiasaan ketika ini dan bersetuju lelaki spornoseksual memang mahu dirinya menjadi ikutan kepada orang lain.
“Sekarang ini, semua yang ke gim mahu memiliki badan yang cantik, jadi secara tidak langsung mereka mahu menunjukkan perkembangan tubuh masing-masing selepas bersenam.
“Kepada mereka yang selfie tanpa baju tujuannya ialah untuk memberi inspirasi kepada orang lain dan selfie adalah salah satu cara untuk menunjukkan hasil kerja keras yang dilakukan,” katanya yang dihubungi.
Spornoseksual berasal dari gabungan perkataan sukan (sport) dan porno (porn) yang telah didedahkan Simpson menerusi artikel berjudul The Metrosexual is Dead. Long Live The ‘Spornosexual’.
Kebanyakan lelaki spornoseksual boleh ditemui di gim dan gemar mengenakan singlet, baju-T berleher V atau langsung tidak berbaju.
Melihat kepada laman Instagram Anding (Andingindrawani), pelakon kacak berkenaan sememangya kerap menjalani aktiviti senaman di dalam gimnasium dan telah berkongsi banyak foto selfie yang menayangkan otot di badannya.
Tapi bagaimana pula dengan selebriti wanita seperti Sharifah Sakinah, Daphne Iking atau Atilia Haron yang turut gemar berkongsi gambar-gambar mereka melakukan aktiviti fizikal sehingga menunjukan bentuk fizik mereka yang hebat?
Apakah terma atau istilah yang paling sesuai untuk kaum hawa seperti mereka
Sumber: murai.com.my

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates