Gambar Selfie Yang Mengejutkan
Unknown
8:25 PM
No comments
KATHRYN Cartwright, 23, sedang berjuang melawan penyakit leukemia dan mempunyai 20 peratus peluang untuk hidup, mengambil keputusan mengambil gambar selfie bagi menunjukkan kekuatannya.
Ia merupakan satu gambar yang mengejutkan, menunjukkan tentang perjuangan yang dihadapi oleh pesakit kanser di usia muda.
Dia yang menjadi lemah akibat penyakit itu, terjatuh tersembam dari kerusi rodanya menyebabkan dia mempunyai kesan lebam di muka. Daripada dia mengasihani diri sendiri, sebaliknya dia mengambil gambar selfie dan menyiarkannya di Internet.
Dia menulis perkataan “F**k cancer” (f**k kanser) menggunakan celaknya bagi ‘menyuarakan’ perasaannya terhadap penyakit itu.Bercakap kepada Birmingham Mail, Kathryn berkata: “Saya tidak mahu membiarkan kanser memusnahkan hidup saya.”
“Saya bosan menganggu kehidupan orang lain, semua kesan sampingan (penyakit), berjumpa dengan orang baharu diagnosis (penyakit itu) dengan banyak soalan dan melihat Margot Martini yang berusia 21 bulan dari Staffordshire yang bertarung nyawa akibat penyakit ini.
“Ia hanya membuatkan saya begitu marah. Itu sebabnya saya katakan f**k kanser.
“Ia mungkin menyebabkan saya akan mati tetapi sehingga ia berlaku nanti, saya akan meneruskan kehidupan saya. Saya mahu menjalani apa yang saya mahu lakukan.
“Dan saya cuba untuk orang ramai tampil membantu menjadi penderma supaya orang lain tidak berhadapan dengan situasi yang saya hadapi ini,” katanya, lapor mirror.co.uk /mStar.
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
Macam-macam la trend budak-budak sekarang ni. Apa la dibuat terkangkang-kangkang tu. Boleh koyak weh! Adeehhh!!!!. Ini la dikatakan trend ...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...





0 comments:
Post a Comment