Intan Ladyana juga menjelaskan keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.
“Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.
“Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,” jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.
Walaupun jodoh mereka sudah tiada namun Intan mengganggap ianya tidak menjadi penghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa. Intan Ladyana jugatidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.
“Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan,” ujarnya.
Bercakap dengan mStar Online, Kamal Adli akau terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.
“Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.
“Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya.
Sumber: mStar Online
0 comments:
Post a Comment