Responsive Banner design
Home » , » Malaysia Perlu Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Ebola

Malaysia Perlu Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Ebola

Hari ini dilaporkan angka kematian akibat penyakit bawaan virus Ebola telah pun meningkat dan mencecah angka 887 orang.
Ia meningkat seramai 158 orang berbanding angka yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 31 Julai lepas.
Sejak awal tahun ini, terdapat lebih 1,600 kes jangkitan virus Ebola dilaporkan sejak ia dikenalpasti merebak di Guniea.
Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet, gorilla dan chimpanzee.
Ia dijangkiti oleh sejenis virus dipanggil Ebola yang dinamakan sempena nama sebuah sungai di Republik Congo di mana ia buat kali pertamanya dikesan dan dikenalpasti pada tahun 1976.
VirusEbola_1
Ebola boleh berjangkit melalui darah, atau menyentuh barangan yang sudah tercemar dengan virus Ebola seperti jarum suntikan, atau bersentuh dengan haiwan yang dijangkiti biasanya melalui memakan dagingnya.
Pesaki Ebola akan mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah.
Pada peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran.
RuamEbola_1
RuamEbola_4
RuamEbola_3
Mynewshub.my memperlihatkan kepada anda bagaimana rupa virus Ebola dan juga keadaan pesakit yang menderita akibat jangkitan virus berkenaan.
Kementerian Kesihatan melalui Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Ahad lepas berkata pihaknya mempunyai keupayaan untuk mengesan dan merawat penyakit maut melibatkan virus berkenaan.
Katanya, hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit itu dan Malaysia turut memiliki makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berkeupayaan untuk mengesan virus tersebut.
“Ebola adalah salah satu penyakit yang dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Sehingga kini, tiada kes itu dilaporkan di Malaysia.
“Semua kementerian dan agensi kerajaan bagaimanapun diminta bekerjasama untuk mencegah situasi Ebola,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ketika ini kementerian kesihatan perlu berada pada tahap berjaga-jaga paling tinggi untuk segera mengatasi virus ini jika ia mula menyerang warganegara Malaysia.
Menurut Subramaniam, setakat ini tiada penularan penyakit Ebola dilaporkan berlaku di negara ini. – MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates