Responsive Banner design
Home » , » Neelofa Beraya Di Rumah Datuk Nik Aziz

Neelofa Beraya Di Rumah Datuk Nik Aziz

SELEBRITI terkenal kelahiran Kelantan, Neelofa semalam mengadakan kunjungan raya ke atas bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediaman pemimpin itu.
Neelofa yang sering muncul dengan imej seksi baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila mula berhijab dan mengubah penampilannya.
Tidak mempedulikan cakap-cakap orang, pemilik nama Nor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa ini akan lebih mendekatkan diri dengan majlis keagamaan kerana jiwanya sangat menyukai perkara-perkara yang mendatangkan kesan positif dalam diri.
“Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.
“Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya,” katanya.
Menurut Neelofa, dia tidak akan membuat sesuatu di luar bidang kuasanya dan akan terus menerus menimba ilmu agama secara berterusan.
Ketika ditebak mengenai dirinya mengenai pemakaian hijab, Neelofa berkata, semua orang memang ingin berubah ke arah kebaikan, begitu juga dirinya.
“Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab,” katanya yang tidak menolak untuk bertudung satu hari nanti.
Tentu ramai sahaja yang semakin tertanya-tanya adakah benar pelakon dan pengacara kacukan Melayu-Arab ini sedang hangat bercinta dengan aktor, Hans Isaac.
Malah, sejak aktres filem Lemak Kampung Santan ini mula mendedahkan pengarah kacakm itu seorang yang setia dalam percintaan, lebih ramai peminatnya mempercayai pelakon yang mempunyai pakej lengkap dan aura tersendiri ini mempunyai hubungan dengan jejaka kacukan Sepanyol dan Serani itu.
Diusik mengenai perkara itu, Neelofa berkata, setakat ini hubungan mereka memang sangat baik, malah dia juga merupakan antara orang yang paling rapat di sisi Hans.
Namun, menurutnya dia sekarang ini tidak memikirkan lagi soal jodoh kerana meletakkan keutamaannya kepada kerjaya dan keluarga.
“Saya memang berkawan baik dengannya. Tapi jika tanya saya mengenai persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan, saya masih tidak memikirkannya,” katanya yang tidak meletakkan meletakkan syarat tertentu dalam soal cinta dan jodoh.
Namun, namun Neelofa mengakui ingin calon pilihannya nanti mendapat restu daripada orang tua serta keluarganya.
Bahkan, anak ketiga daripada sepuluh beradik yang sering saja menjadi perhatian lelaki ini lebih selesa berkawan dengan lelaki yang lebih matang.
Menurut pelakon ini, umur bukan penentu seseorang itu untuk melangkah ke fasa seterusnya, namun dirinya perlu lebih matang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Sekarang ni fokus saya nak majukan diri saya dan capai cita-cita sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates