BAITUL-MAQDIS: Polis Israel berkata pihaknya berjaya menahan seorang suspek lelaki yang didakwa menjadi dalang dan mengetuai insiden penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi Jun lalu.
“(Suspek) Hossam Kawasmeh ditahan oleh pihak tentera bulan lalu di Shuafat (dalam kejiranan Palestin di Baitul-Maqdis), kerana dipercayai mengetuai sekumpulan anggota komando Hamas untuk menculik dan membunuh tiga remaja itu,” menurut satu kenyataan polis Israel.
Penculikan pada 12 Jun itu telah membawa kepada pembunuhan Naftali Frenkel, Gilad Shaer dan Eyal Yifrach di Tebing Barat.
Ia juga menyebabkan satu operasi besar-besaran dilancarkan rejim di Tebing Barat bagi memburu pejuang Hamas yang dikatakan bertanggungjawab. Ia juga dikatakan mencetuskan serangan roket dari Gaza ke wilayah Israel.
Mayat ketiga-tiga mereka ditemui pada 30 Jun.
Menurut media Israel, suspek Hossam Kawasmeh mengaku menerima bantuan kewangan dari pergerakan Hamas ketika disoal-siasat.
Selain Hossam, turut diburu adalah dua lagi warga Palestin yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan itu.
0 comments:
Post a Comment