Responsive Banner design
Home » , » Semakin Saya Cuba Lari, Semakin Romie Mendekati – Hanez Suraya

Semakin Saya Cuba Lari, Semakin Romie Mendekati – Hanez Suraya

Sebelum ini pelakon kontroversi Hanez Suraya pernah membuat kenyataan mengenai hubungan dengan kekasihnya Romie sudah berakhir.

Namun kenyataannya kepada Berita Harian pada Jumaat telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak apabila Hanez memberitahu Romie masih berusaha mencarinya.

Hanez berkata beliau mengakui rela hubungannya dengan Romie berakhir namun lelaki terus mencuba dan berusaha untuk menawan hatinya.

Perkara tersebut membuatkan Hanez semakin sayang dan tidak dapat menjauhkan diri dari Romie.

“Saya pernah terdetik untuk putuskan hubungan ini tetapi dia terus mencuba untuk memiliki saya… Tapi saya tak mampu melawan kehendak takdir.

“Malah saya cuba untuk menjauhkan diri daripadanya tetapi semakin jauh saya cuba lari, semakin kuat pula usahanya untuk memenangi hati saya. Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya,“ tambahnya lagi.

Dalam pada itu Hanez mengakui dia masuk ke dalam hidup Romie pada waktu yang salah.

“Di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka.

“Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah,” ujarnya.

Hanez Suraya yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 22 Ogos ini mengakui sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak dan sepanjang tempoh ini dia mula belajar ilmu dan selok belok perniagaan. -astrogempak

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates