Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media
Unknown
8:26 PM
No comments
Ummi Nazeera Bimbang Riak Jika Keluar Jumpa Media - SEJAK pelakon manis, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, dia dilihat seakan menjauhkan diri daripada dunia glamor yang pernah dikecapinya sebelum ini.
Menerusi Murai.com, dia akhirnya membuka mulut mengenai perubahan itu.
Katanya, dia bukan sengaja tidak mahu berjumpa dengan rakan media, sebaliknya dia punyai alasan tersendiri.
“Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.
“Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.
“Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini,” jelasnya.
Kami tabik dengan pendirian Ummi itu.
Bukan apa, kadang-kadang ada artis yang baru berhijrah, tapi gaya dan lagak umpama ustaz dan ustazah bila bercakap sehingga sanggup mengguris hati orang lain.
Semoga Ummi terus istiqamah dalam menuju jalan yang diredhai-Nya. – MyNewsHub
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Beberapa tahun yang lepas berita mengenai bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga ini pernah menjadi perhatian ramai. Yang terba...
-
London: Pemain nombor 10 Brazil tidak akan lagi beraksi pada musim panas ini kerana berdepan retak tulang belakang ketika menentang Colomb...
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusa...
-
Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan dunia Claudio Vieira de Oliveira, 37, tunggang terbal...





0 comments:
Post a Comment