GARA-GARA tidak sempat sampai ke klinik, seorang wanita warga Indonesia melahirkan bayinya di dalam sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Pontianak, Indonesia, kelmarin.
Memetik laporan Borneo Post, keadaan Sumarni Abakar, 32, yang dalam kesakitan disedari oleh penumpang yang duduk bersebelahan dengannya sebelum memaklumkannya kepada pemandu bas tersebut yang kemudiannya segera memandu bas itu menuju ke sebuah klinik terdekat di Tatau.
Bagaimanapun, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki dengan bantuan seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada jam 7.55 malam.
Menurut Latifah, dia bersyukur kerana si ibu dan anak dalam keadaan selamat. Sebagai tanda gembira, ada penumpang yang memberikan duit sebagai hadiah kepada Sumarni dan bayinya.
0 comments:
Post a Comment