Responsive Banner design
Home » » Mon Ryanti Gementar Jurunikah Lewat

Mon Ryanti Gementar Jurunikah Lewat

Foto
Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang wanita apabila dirinya disunting jejaka idaman. Itu yang dirasai pelakon dan penyampai radio Ultra.FM, Mon Ryanti atau nama sebenarnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 26.
Selamat diijabkabulkan de-ngan jejaka pilihan hatinya, Mohd Hasrul Ali, 26, di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru, Jumaat lalu, pasangan sejoli ini sudah saling mengenali dan menyulam cinta sejak dua tahun lalu.
Hanya dengan sekali lafaz, Mon Ryanti yang pernah membintangi filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Mantera dan Hantu Dalam Botol Kicap kini sah menjadi milik Hasrul. 

Pada majlis perkahwinan serba meriah itu, Mon Ryanti turut menerima mas kahwin RM515.15 dan wang hantaran, RM25,000. Majlis persandingan bagi pihak lelaki berlangsung Sabtu ini di Puchong, Selangor.
Mon Ryanti yang tidak mampu me-nyembunyikan perasaan gembiranya bersyukur kerana majlis perkahwinan itu berjalan lancar lantas segala debaran yang bersarang di hatinya sudah pun terlerai.
“Apapun, tak dinafikan saya agak gementar juga pada majlis perkahwinan itu kerana jurunikah kami datang lewat kerana ada urusan tak dapat dielakkan. Namun, syukur penantian seketika itu akhirnya lancar.

“Buat masa ini, kalau ikutkan perasaan saya sebenarnya masih berasa seperti dalam mimpi sudah bergelar isteri orang. Macam tidak percaya saja zaman bujang saya sudah berakhir dan kini menjalani kehidupan berumah tangga.

“Syukur ke hadrat Ilahi saya dikurniakan suami yang cukup memahami dan tidak menyekat saya untuk terus aktif dalam bidang seni. Cuma, apa yang perlu diutamakan ialah watak yang sesuai dengan status diri,” katanya. 

Pasangan pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah yang dihadiri 200 ahli keluarga dan rakan terdekat. Apa yang pasti, Mon Ryanti yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu mengakui kini impiannya sudah tercapai.

Bercadang akan berbulan madu di kepulauan Maldives, Mon Ryanti berkata, buat masa ini dia perlu fokus pada kerja di konti radio kerana hanya mengambil cuti singkat untuk majlis perkahwinan itu.

Tidak merancang untuk memiliki cahaya mata, Mon Ryanti berkata, dia dan suami sukakan kanak-kanak dan mereka menerima dengan hati terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata lebih awal.

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates