Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.
Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.
Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Beliau sebelum ini dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.
Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.
Sebelum ini beliau menafikan melarikan diri daripada sesiapa atau mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya hanya berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi, lapor Antarapos.
Dia juga berkata, dia memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana ingin mulakan hidup baru dan berjanji akan kembali semula dengan ‘Aliff yang baru’.
Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata: “Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi.”
Sumber
0 comments:
Post a Comment