Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.
"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.
Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.
Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.
Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.
"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.
"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu. - mStar online
0 comments:
Post a Comment