Responsive Banner design
Home » , » Gadis ‘Selamatkan’ Enam Nyawa Selepas Meninggal Dunia

Gadis ‘Selamatkan’ Enam Nyawa Selepas Meninggal Dunia


TERNYATA kematian seorang remaja perempuan akibat pendarahan otak tidak sia-sia apabila dia ‘menyelamatkan’ enam nyawa selepas itu.

Emma Witty, 19, yang juga seorang jurufoto meninggal dunia selepas pengsan di kediamannya di Leeds, Jun tahun lalu.

Biarpun kecewa, keluarganya memberi kebenaran kepada doktor untuk mengambil beberapa organnya untuk didermakan kepada pesakit yang memerlukan.

Jantung Emma telah diberikan kepada seorang wanita muda berusia 20-an; pankreas dan salah satu buah pinggangnya diterima oleh seorang lelaki 50-an; paru-paru dan sebelah lagi buah pinggangnya diserahkan kepada lelaki berusia 60-an.

Selain itu, hatinya turut memberi manfaat kepada dua pesakit iaitu seorang lelaki dan seorang bayi perempuan.

Kornea matanya juga telah didermakan kepada pesakit lain.

Gadis Sudah Meninggal Dunia ‘Selamatkan’ Enam Nyawa

“Memang sukar menghadapinya, tetapi ia juga memberikan saya ketenangan apabila dia menyelamatkan begitu banyak nyawa. Matanya masih melihat dan jantungnya masih berdegup di luar sana,” ujar ibunya, Catherine Gregson.

Gadis Sudah Meninggal Dunia ‘Selamatkan’ Enam Nyawa

Sementara itu, teman lelakinya Oli Dobson berkata, ketika ibu bapa Emma bertanyakan pendapatnya mengenai pendermaan organ, dia terus bersetuju.

“Pastinya dia mahu. Dia akan sedaya-upaya membantu orang lain kerana itulah karakternya,” katanya. – Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates