NGERI: LINTAH SEPANGJANG 3 INCI 'BERUMAH' DI DALAM HIDUNG
Unknown
3:12 PM
No comments
Edinburgh - Daniella Liverani, 24, dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah berdarah kerana kemalangan motosikal terkejut besar apabila mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang berumah di dalam hidungnya.
"Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya", kata Liverani.
"Jadi ketika menyedari kejadian pada Khamis lepas, saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!", sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya.
Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Leverani oleh staf di hospital.
Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam tempat persembunyiannya itu. Lebih teruk, jika Liveranni tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya.
Liverani percaya lintah itu masuk kedalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk kedalam hidung Liveranni ketika dia sedang berenang atau minum air - Sumber
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Tak tahulah sememangnya menjadi trend ataupun memang selebriti Hollywood ni tidak gemar memakai bra. Ataupun memang mereka sengaja nak m...
-
Bila tamadun manusia meninggalkan sesuatu selepas kehidupan mereka untuk sekian lama, maka alam akan mengambil alih segalanya. Jom lihat 17 ...
-
PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditul...
-
Jika anda berkunjung ke gua Longyou di China, anda akan terkejut kerana gua ini mempunyai permukaan melengkung dan seni bina yang halu...





0 comments:
Post a Comment