Responsive Banner design
Home » » Pengarah Drama Dedah Perangai Sebenar Sara Ali Sombong Di Set Penggambaran

Pengarah Drama Dedah Perangai Sebenar Sara Ali Sombong Di Set Penggambaran


Pelakon Sara Ali dikatakan sombong dan bermasam muka dengan kru produksi sebuah drama bersiri berjudul Maaf Jika Aku Tak Sempurna di TV3. Pengarah drama itu akui sikap Sara Ali itu namun menjelaskan punca sebenar.

Ini komen pengarah drama tersebut:

"Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.

"Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu. Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak,"

"Alhamdulillah, sekejap jer dia berperangai begitu, ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru.

"Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik,"


Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna sedang disiarkan di TV3 jam 7 malam. Drama ini membariskan Fahrin Ahmad dan Sara Ali sebagai teraju utama.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates