Responsive Banner design
Home » » Polis Lancar Ops Albatross Buru Suspek Godam ATM

Polis Lancar Ops Albatross Buru Suspek Godam ATM

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini melancarkan Ops Albatross bagi mengesan suspek yang disyaki terlibat dalam kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di tiga buah negeri dan ibu n sejak kelmarin hingga mengakibatkan kerugian yang dianggarkan hampir RM3 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, pihaknya turut mengedarkan beberapa keping gambar suspek yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di bank-bank terlibat.

''Polis komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan.

"Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Affin Bank Berhad serta Affin Islamic Bank Berhad (Affin Bank), Bank Islam (M) Berhad dan dua lagi bank mengalami kerugian yang dianggarkan hampir RM3 juta setelah satu sindiket yang didalangi warga Amerika Latin menggodam ATM bank-bank terlibat di beberapa buah negeri.

Mortadza seterusnya berkata, siasatan awal menunjukkan beberapa lelaki dipercayai warga asing telah membuka panel bahagian atas ATM menggunakan 'common key' sebelum memasukkan cakera padat (CD) yang mengandungi malware dikenali sebagai 'ulssm.exe' ke dalam unit pemprosesan komputer (CPU) mesin berkenaan.

"Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah.

"Slot kad ATM akan disumbat dengan objek seperti kad SIM, kertas atau puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang dilakukan oleh pengguna lain," ujarnya. -UM

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates