"Saya akan bernikah pada 5 Disember ini. Majlis resepsi dan persandingan bakal berlangsung pada tahun hadapan. Buat masa ini, kami sedang sibuk mengusahakan perniagaan bersama-sama, jadi kami mahu mendahulukan yang wajib dahulu iaitu pernikahan, barulah fikirkan mengenai majlis resepsi nanti," ujarChef Riz ketika dihubungi GUA.
Mengimbas kembali bagaimana dia mengenali Shikin, Chef Riz mendedahkan yang dia mula mengenali wanita itu semenjak di zaman persekolahan lagi.
"Saya sudah lama mengenali Shikin, semenjak zaman persekolahan lagi. Kami dahulu sekolah menengah bersama. Selepas itu kami terputus hubungan dan kami mula berhubung semula menerusi Instagram. Kami banyak melakukan aktiviti bersama dan berkongsi minat yang sama. Sebagai contoh, kami pergi gim untuk berlatih bersama. Semenjak itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing," ujarnya lagi.
Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Shikin sehingga membuatkan dai tertawan, anak kepada Dato' Chef Wan ini memberitahu dia menyukai sikap Shikin yang berdikari.
"Shikin seorang yang sangat berdikari. Selain itu, dia seorang yang sangat rajin. Shikin juga seorang wanita yang mementingkan keluarga. Jadi itu membuatkan saya selesa dengan Shikin," ujarnya lagi.
Pernah berkahwin dengan aktres Ana Dahlia pada 11 Disember 2011, Chef Riz mengharapkan hubungan yang dia jalinkan bersama Shikin kekal hingga ke akhir hayat.
"Siapa tak mengharapkan yang terbaik dalam setiap perhubungan. Saya harap hubungan saya dengan Shikin adalah hubungan saya yang terakhir dan kekal sehingga hujung nyawa," ujarnya menutup bicara.
0 comments:
Post a Comment